Tujuh maut letupan bom PKK

Tujuh maut letupan bom PKK

DIYARBAKIR, 19 Jan – Seramai tujuh orang termasuk dua orang awam, terbunuh di kawasan yang dikuasai majoriti Kurdis di tenggara Turki, kata sumber kelmarin.

Ia menjadikan angka kematian susulan operasi dilancarkan pasukan keselamatan bulan lalu mencecah ratusan.

Sejak Disember lalu, pasukan keselamatan negara mempergiatkan operasi terhadap Parti Pekerja Kurdistan (PKK), yang menggali parit dan membina penghadang di bandar-bandar selepas gencatan senjata berakhir pada Julai.

Ia menghidupkan semula konflik 31 tahun yang setakat ini mengorbankan 40,000 orang, terutamanya Kurdis.

Bangunan yang rosak semasa operasi keselamatan dan pertempuran antara pasukan keselamatan Turki dan militan Kurdish, di tenggara bandar Diyarbakir, Turki. - Reuters
Bangunan yang rosak semasa operasi keselamatan dan pertempuran antara pasukan keselamatan Turki dan militan Kurdish, di tenggara bandar Diyarbakir, Turki. – Reuters

PKK, yang mendakwa memperjuangkan autonomi untuk Kurdis Turki, mengangkat senjata pada tahun 1984.

Mereka dianggap pengganas oleh Turki, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. – Reuters