Tujuh maut trem tergelincir

Tujuh maut trem tergelincir

LONDON, 10 Nov – Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan kira-kira 50 yang lainnya cedera semalam apabila trem London tergelincir dari trek landasan dan terbalik.

Seorang mangsa yang selamat berkata bahawa seorang wanita menimpa di atas beliau, sambil menambah bahawa terdapat “darah di mana-mana” selepas trem itu mempercepatkan kelajuannya dan tergelincir dari landasan.

Kejadian itu berlaku sebelum subuh pada kira-kira 6:10 pagi (0610 GMT) di luar Croydon di selatan London semasa ia berada di selekoh trek. Pemandu berusia 42 tahun telah ditangkap kerana disyaki membunuh tanpa niat, kata Polis Pengangkutan British. Siasatan sedang dijalankan bagi menentukan apa yang menyebabkan dua trem seberat 300 tan itu tergelincir dari landasan dan terbalik ke sebelahnya.

Pusat Kemalangan Kereta Api berkata trem itu tergelincir apa ia telah membuat selekoh ‘tajam’ dengan had kelajuan 19 kilometer sejam.

Seorang jurucakap berkata: “tanda-tanda awal menunjukkan bahawa trem itu bergerak pada kelajuan yang jauh lebih tinggi daripada yang dibenarkan.” Timbalan Ketua Konstabel Adrian Hanstock daripada Polis Pengangkutan British (BTP) menunjukkan bahawa angka kematian boleh meningkat.

Gambar yang dikeluarkan oleh cawangan siasatan kemalangan kereta api menunjukkan trem yang tergelincir dari landasan berhampiran pusat perhentian Sandilands di Croydon, London, kelmarin. – AP
Gambar yang dikeluarkan oleh cawangan siasatan kemalangan kereta api menunjukkan trem yang tergelincir dari landasan berhampiran pusat perhentian Sandilands di Croydon, London, kelmarin. – AP

“Sekurang-kurangnya tujuh orang telah kehilangan nyawa mereka akibat daripada kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan. “Pegawai kami akan terus bekerja tanpa mengenal penat lelah sepanjang malam untuk mengenal pasti angka rasmi mangsa dan menyediakan penjagaan dan sokongan kepada keluarga mangsa. Kami menjangka untuk berada di tempat kejadian dalam sekurang-kurangnya 24 jam akan datang, terus membuat pencarian dan menjalankan pemeriksaan forensik. “

Penduduk tempatan menyifatkan telah mendengar letupan kuat dan melihat mangsa yang cedera dibawa keluar dengan pengusung. Pusat Perkhidmatan Ambulan London berkata 51 pesakit telah dibawa ke dua buah hospital tempatan. Beberapa orang dirawat atas kecederaan ringan seperti luka dan lebam di tempat kejadian.

Doktor Phil Moss, pengarah klinikal jabatan kecemasan di Hospital St George berkata bahawa mereka telah merawat 20 pesakit. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA