Tujuh pasukan IPT berentap

Tujuh pasukan IPT berentap

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Okt – Tujuh buah pasukan kini berentap dalam Kejohanan Badminton Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Universiti Brunei Darussalam (UBD) 2015 setelah dibuka rasmi malam tadi di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.

Membuka rasmi kejohanan anjuran UBD berkenaan dengan ialah Pegawai Kegiatan Luar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UBD, Mohd Ali Sabri bin Haji Abang.

Pasukan-pasukan tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan: Kumpulan A mengandungi Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), UBD ‘B’ dan Politeknik Brunei (Politeknik), sementara Kumpulan B diisi oleh UBD ‘A’, Laksmana College of Business (LCB), Institute of Graduate Studies (IGS) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Selesai pembukaan rasmi kejohanan, tiga perlawanan telah pun dijalankan iaitu KUPU SB lawan UBD ‘B’, UBD ‘A’ lawan IGS dan LCB lawan UNISSA.

Para pemain daripada tujuh pasukan yang menyertai Kejohanan Badminton IPT UBD 2015 semasa Majlis Pembukaan Rasmi malam kelmarin.
Para pemain daripada tujuh pasukan yang menyertai Kejohanan Badminton IPT UBD 2015 semasa Majlis Pembukaan Rasmi malam kelmarin.

Kejohanan akan disambung pada Jumaat ini dengan enam perlawanan lagi iaitu KUPU SB lawan Politeknik, UBD ‘A’ lawan LCB, IGS lawan UNISSA, UBD ‘A’ lawan UNISSA, LCB lawan IGS dan UBD ‘B’ lawan Politeknik.

Peringkat separuh akhir kejohanan dijadualkan berlangsung pada malam 19 Oktober nanti, sementara perlawanan penentuan tempat ketiga dan final akan diadakan pada malam 20 Oktober 2015.

ARTIKEL YANG SAMA