Tujuh pegawai...

Tujuh pegawai polis Hong Kong didapati bersalah pukul aktivis

HONG KONG, 14 Feb – Tujuh pegawai polis Hong Kong didapati bersalah hari ini kerana menyerang seorang pembantah ketika rapat pro-demokrasi pada 2014, dalam satu serangan yang dirakam di filem dan disiarkan di seluruh dunia.

Kesemua tujuh didapati bersalah menyerang dan mengakibatkan kecederaan tubuh badan kepada aktivis Parti Sivik Ken Tsang, tetapi didapati tidak bersalah ke atas dakwaan lebih serius mengakibatkan kecederaan teruk dengan niat.

Gambar video mengenai serangan, dirakam oleh satu rangkaian tempatan berhampiran ibu pejabat kerajan bandar, mengejutkan penduduk dan menjejas kepercayaan dalam pasukan polis.

Ia menunjukkan sekumpulan lelaki menarik Tsang yang digari tangannya ke satu sudut gelap di taman awam, di mana dia dibelasah.

Seorang lelaki berdiri di atasnya dan memberikan pukulan sementara tiga yang lain menyepaknya berkali-kali.

Polis telah dikritik atas layaran teruk mereka ke atas pembantah ketika rapat 79 hari dan sekatan jalan yang melumpuhkan sebahagian daripada bandar.

Penunjuk perasaan berusaha mengadakan pilihan raya bebas untuk pemimpin akan datang di Hong Kong.

Mahkamah daerah Hong Kong mendapati seorang pegawai telah menghentakkan kakinya ke atas Tsang, 44 tahun, dan empat pegawai lain menendangnya.

Dua pegawai lain tidak mengambil bahagian tetapi memerhati sahaja.

“Setiap pegawai polis mempunyai tugas untuk menghalang perbuatan jenayah, walaupun oleh rakan pegawai polis,” kata hakim David Dufton dalam ringkasan keputusan.

Ia menambah Tsang mengalami kecederaan di muka, leher dan badan ketika serangan. – AFP