Tujuh pelajar tamat penempatan kerja di BMC

Tujuh pelajar tamat penempatan kerja di BMC

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 9 Ogos – Tujuh orang pelajar telah berjaya menamatkan Kursus Program Penempatan Kerja di Syarikat Brunei Methanol (BMC) dan menerima sijil penghargaan masing-masing, pada majlis yang diadakan di syarikat itu, hari ini.

Para pelajar terdiri daripada pelajar Universiti Teknologi Brunei, Kolej Perniagaan Laksamana, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Jefri Bolkiah dan IBTE Kampus Nakhoda Ragam.

Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluannya daripada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif BMC, Awang Daud bin Haji Jais, diikuti dengan perkongsian pengalaman dan pengetahuan yang telah diperoleh para pelajar sepanjang kursus dijalankan sebelum diteruskan dengan acara penyampaian sijil.

Selaras dengan Wawasan 2035, BMC telah banyak menyokong pembangunan pendidikan teknikal di negara ini melalui program penempatan kerja dalam industri minyak dan gas yang juga merupakan sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Korporat Sosial BMC.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif BMC bersama pelajar-pelajar yang telah menamatkan kursus Program Penempatan Kerja di BMC.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif BMC bersama pelajar-pelajar yang telah menamatkan kursus Program Penempatan Kerja di BMC.

ARTIKEL YANG SAMA