Tujuh syarikat disyaki punca jerebu ditahan

Tujuh syarikat disyaki punca jerebu ditahan

JAKARTA, 17 Sept (AFP) – Polis Indonesia telah menahan tujuh orang yang syarikat-syarikat mereka dikatakan mempunyai kaitan dengan kebakaran pertanian haram yang telah mengakibatkan Asia Tenggara diselubungi jerebu, dalam penangkapan luar biasa ekoran letusan jerebu tahunan.

Mereka diberkas semalam di Pulau Sumatra, Indonesia, yang mana pihak berkuasa berdepan dengan kebakaran yang mengakibatkan jerebu, yang mula membersihkan tanah bagi penanaman kelapa sawit dan penanaman pulpa dan kertas, menurut ketua polis kebangsaan Badrodin Haiti.

Polis berkata sebilangan mereka yang diberkas adalah eksekutif, tetapi tidak memberikan butiran tentang semua majikan syarikat yang ditahan.

Para pegawai tidak mendedahkan identiti mereka atau menyatakan untuk firma mana mereka bekerja.

Mereka boleh berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda berat jika didapati bersalah melanggar undang-undang Indonesia yang menegah pembakaran hutan.

Selain tujuh orang yang diberkas, 133 orang telah dinamakan sebagai tersangka, katanya lagi.

Ini adalah langkah undang-undang di Indonesia yang bererti para penyiasat mempunyai bukti cukup untuk menimbangkan memfailkan tuduhan ke atas seseorang.

Indonesia menerima tekanan dari negara jiran supaya menghentikan letusan asap, masalah tahunan di Asia Tenggara ketika musim kering.

ARTIKEL YANG SAMA