Tujuh terbunuh serangan di pantai Mogadishu

Tujuh terbunuh serangan di pantai Mogadishu

MOGADISHU, 26 Ogos – Tujuh orang terbunuh dalam serangan jihad Shabaab di restoran berhadapan pantai di ibu negara Somalia Mogadishu, jurucakap pihak berkuasa Bandar berkata hari ini.

“Sembilan orang termasuk dua lelaki bersenjata Shabaab terbunuh dalam serangan itu,” pada hari Khamis, jurucakap bandar Mogadishu Abdifatah Halane memberitahu kepada AFP.

Al-Qaeda dikaitkan dengan jihad Shabaab yang menyerang Restauran Pantai Banadir berhampiran dengan Pandai Lido di bandar ini, mencetuskan bom kereta sebelum berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan.

Restoran itu popular dalam kalangan orang muda dan pegawai kerajaan. Sekitar 20 orang berjaya melarikan diri dari restoran semasa insiden penembakan itu.

Pegawai hari ini berkata penyerang telah dibunuh.

Semua “penyerang telah ditembak mati dan restoran yang kini di bawah kawalan, penuh dengan tentera kerajaan Somalia,” kata komander polis, Kolonel Abshir Bishaar ketika memberitahu Agensi Berita Nasional Somalia.

“Serangan pengganas membunuh sembilan orang, lima daripada mereka adalah orang awam, dua pasukan keselamatan dan dua yang lain adalah kumpulan militan yang melakukan serangan tersebut,” kata Bishaar, sambil menambah dua lagi orang awam lainnya tercedera. – AFP