Tukang ‘prank’ YouTube ditahan

Tukang ‘prank’ YouTube ditahan

LOS ANGELES, 27 Mei – Seorang lelaki yang gemar memberi kejutan atau ‘prank’ dan menyiarkan video dalam YouTube ditahan polis selepas memanjat papan tanda Hollywood, hari ini.

Pihak berkuasa taman di sini berkata, lelaki berusia 24 tahun yang dikenali sebagai Vitaly Zdorovetskiy (gambar) ditahan selepas memanjat huruf ‘D’, semalam.

Dalam video yang dirakam di atas papan tanda itu dan kemudian disiarkan di media sosial, Zdorovetskiy berkata: “Saya akan memanjat semua, tiada siapa boleh menghalang saya,” katanya.

Televisyen menunjukkan dia mengibarkan bendera sambil bertenggek di atasnya. Pegawai Kanan Patrick Joyce yang memberitahu City News Service, Zdorovetskiy mungkin berdepan tuduhan termasuk menceroboh.

Tidak diketahui jika dia melantik peguamnya sendiri. Zdorovetskiy mempunyai sembilan juta pengikut di YouTube, di mana videonya menunjukkan puluhan ‘prank’. – AP

pg16_160528_c