Tulang dipercayai milik 43 pelajar hilang dianalisa

Tulang dipercayai milik 43 pelajar hilang dianalisa

MEXICO, 20 Mei (AFP) – Mexico akan menganalisis tinggalan rangka dari satu jumlah yang tidak dapat ditentukan individunya yang dijumpai tidak jauh dari di mana 43 pelajar Mexico hilang pada hampir dua tahun lepas, kata seorang pegawai hari ini.

Para penyiasat menemui cebisan tulang seperti tengkorak, tulang betis, tulang rahang dan gigi beberapa orang, dan juga sandal-sandal dan beberapa baju, menurut satu keterangan dari pejabat pendakwa raya selatan negeri miskin Guerrero.

Tinggalan itu dijumpai pada lewat Selasa di bandar kecil El Mirador di pinggir jalan yang menghubungkan bandar Coacoyula dan Apipiluca, kata mereka.

Laporan-laporan berita berkata cebisan-cebisan tulang itu nampaknya daripada sekurang-kurangnya empat orang, dan berkemungkinan dibakar. Mereka dilaporkan dijumpai selepas satu sumber tanpa nama melaporkan perkara itu.

Pejabat Pendakwa Raya Mexico berkata pada lewat hari ini, tinggalan-tinggalan itu akan diperiksa untuk menentukan jika ia dimiliki oleh pelajar-pelajar yang hilang itu.

Gambar fail, ahli keluarga pelajar-pelajar yang hilang menuntut jawapan atas kehilangan misteri mereka. – AFP
Gambar fail, ahli keluarga pelajar-pelajar yang hilang menuntut jawapan atas kehilangan misteri mereka. – AFP

Tiada pengesahan segera tentang sebarang kaitan dengan kehilangan pelajar-pelajar lelaki hilang yang menuntut di kolej guru pedalaman di Guerrero. Pada September 2014, polis di selatan bandar Iguala menyerang satu kumpulan bas yang telah dirampas oleh pelajar-pelajar bagi tujuan tunjuk perasaan.

Pelajar-pelajar itu hilang tanpa sebarang kesan dalam satu misteri yang telah menimbulkan masalah pada rantau bermasalah ini sejak dua tahun.

Pihak pendakwa raya percaya polis Iguala telah menculik pelajar-pelajar itu dan menyerahkan mereka kepada gang dadah, yang kemudian membunuh mereka, dan membakar mayat mereka di tempat pembuangan sampah berdekatan bandar Cocula, dan membuang tinggalan mereka ke dalam sungai.