Tulang spesies baru ditemui

Tulang spesies baru ditemui

MAROPENG, Afrika Selatan, 10 Sept – Tulang fosil kepunyaan 15 mayat daripada spesies manusia yang tidak diketahui sebelum ini telah ditemui dalam sebuah gua di Afrika Selatan, yang diumumkan hari ini, dalam apa yang ahli saintis katakan sebagai kejayaan besar dalam penyelidikan evolusi.

Sekitar 1,500 fosil telah ditemui jauh di dalam sebuah sistem gua di luar Johannesburg, tersembunyi dalam ruangan bawah tanah yang hanya boleh dimasuki melalui beberapa pendakian curam dan krevas batu.

Spesies baru itu dinamakan sebagai ‘Homo naledi’ sempena gua ‘Rising Star’ tempat tulang-tulang itu ditemui. Naledi bermaksud ‘bintang’ dalam Bahasa Sesotho, satu bahasa tempatan Afrika Selatan.

Para pakar tidak pasti berapa usia tulang-tulang berkenaan, namun mengatakan ia mungkin berada di sana selepas mati – satu penemuan yang memancarkan cahaya baru berhubung asal usul manusia.

“Kami baru saja menemui spesies baru saudara manusia yang secara sengaja membuang mereka yang mati,” kata Lee Berger, profesor penyelidik di Universiti Witwatersrand di Johannesburg, mengumumkan ketika fosil itu didedahkan.

Tulang Homo naledi, moyang manusia yang baru ditemui telah dipamerkan semasa pendedahan mengenai penemuannya di Maropeng pada 10 September. Spesies baru moyang manusia itu, Homo naledi, dianggarkan berusia kira-kira 2.5 ke 2.8 juta tahun. – AFP
Tulang Homo naledi, moyang manusia yang baru ditemui telah dipamerkan semasa pendedahan mengenai penemuannya di Maropeng pada 10 September. Spesies baru moyang manusia itu, Homo naledi, dianggarkan berusia kira-kira 2.5 ke 2.8 juta tahun. – AFP

“Sehingga saat ini dalam sejarah kami rasakan idea tingkah laku ritual itu menjurus ke arah kematian….yang sebenarnya unik kepada manusia moden (Homo sapiens).

“Kami melihat diri kami sebagai berbeza. Kami kini sedang melihat, kami percaya, spesies yang memiliki keupayaan yang sama – dan ia adalah sesuatu yang luar biasa.”

Tulang-tulang itu pertama kali ditemui pada 2013 oleh ahli saintis Universiti Witwatersrand dan sukarelawan gua dalam Cradle of Humankind, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO, 50km dari barat laut Johannesburg.

Sisa-sisa manusia purba telah ditemui di kawasan itu sejak penggalian bermula pada tahun 1920-an.

“Penemuan banyak fosil itu kepunyaan kepada sekurang-kurangnya 15 individu adalah luar biasa,” kata Profesor Chris Stringer, dari Muzium Sejarah Semula Jadi di London, salah seorang ketua analisis atas pertemuan itu.

Penemuan itu telah menunjukkan “kompleksiti salasilah keluarga manusia dan keperluan bagi penyelidikan selanjutnya untuk memahami sejarah dan asal terakhir spesies kita,” tambah Stringer.

Ahli saintis mengatakan, tangan, pergelangan tangan dan kaki bagi mayat itu adalah serupa dengan manusia moden, namun saiz otak dan abdomen atas kelihatannya seperti manusia paling awal.

“Homo naledi memiliki otak kecil, kira-kira saiz purata buah oren, dengan badan lebih langsing,” kata John Hawks dari Universiti Wisconsin-Madison yang merupakan seorang pengarang kanan bagi kertas akademik yang memperincikan tentang spesies baru.

Homo naledi memiliki ketinggian kira-kira 1.5 meter (kira-kira lima kaki) dan beratnya kira-kira 45kg (hampir 100 paun). – AFP