Tumbang dalam 13 saat

Tumbang dalam 13 saat

LAS VEGAS, 13 Dis (Agensi) – Conor McGregor menghentikan Jose Aldo dengan satu tumbukan tepat hanya 13 saat memasuki pusingan pertama sekali gus memenangi gelaran featherweight di UFC 194 semalam.

McGregor (19-2) menamatkan pertarungan dengan tumbukan–tumbukan pendek selepas loceng awal, melepaskan ke bahagian kanan Aldo dan mengenai dagu Aldo dengan tumbukan tangan kiri.

Aldo (25-2) menghabiskan tumbukannya dan mengenai bahagian kiri McGregor, tetapi juara itu rebah dan McGregor terus menerkam diikuti tumbukan bertubi-tubi yang tidak dapat ditepis oleh Aldo yang kemudiannya terpaksa ditarik oleh pengadil untuk menghentikan perlawanan dengan kiraan knockout.

Aldo memenangi 18 pertarungan berturut-turut dalam tempoh 10 tahun, tetapi tidak ada yang memperlahankan McGregor. Petinju dari Ireland itu mengejek Aldo sepanjang promosi pertarungan mereka yang ditangguhkan, yang hanya menyokong dengan setiap apa yang dikatakannya.

Conor McGregor menewaskan Jose Aldo sekali gus meraih gelaran featherweight UFC. – Reuters
Conor McGregor menewaskan Jose Aldo sekali gus meraih gelaran featherweight UFC. – Reuters