Tumbuh tanduk di kepala

Tumbuh tanduk di kepala

SICHUAN, 30 Ogos (Agensi) – Seorang wanita warga tua di China mendapat gelaran ‘Wanita Unikorn’ kerana memiliki ketumbuhan luar biasa di kepalanya yang kelihatan seperti tanduk besar, kata satu laporan.

Menurut anak lelakinya Wang Chaojun, ibunya Liang Xiuzhen mula ditumbuhi sesuatu yang kelihatan seperti ‘tahi lalat hitam’ di kepalanya kira-kira lapan tahun lalu.

Wanita itu berusia 87 tahun yang berasal dari perkampungan Guiyan di bandar Ziyang, wilayah Sichuan, terkejut apabila dua tahun lalu apabila ketumbuhan itu berubah menjadi ketulan seperti tanduk bersaiz sebesar jari tangan.

Xiuzhen secara tidak sengaja ‘mematahkan’ tanduk kecilnya Februari lalu dan tanduk terkininya yang lebih besar, ketika ini sepanjang 13 sentimeter mula membesar dengan pantas.

“Kini tanduk itu menyakitkan ibu saya dan menghalangnya daripada tidur. Ia juga mengalami pendarahan dari semasa ke semasa,” kata Chaojun.

Doktor mendiagnosis apa yang digelar tanduk unikorn itu sebagai “cornu cutaneum” (kulit tanduk), ketumbuhan kulit keratinus yang mempunyai penampilan sebagai tanduk.

Sering kali kecil dan tidak berbahaya, ketumbuhan itu dalam sesetengah kes boleh bertambah besar dan boleh mendatangkan bahaya.

Chaojun berkata, doktor percaya mereka boleh mengeluarkan ketumbuhan itu melalui pembedahan, namun keluarga itu ragu-ragu berikutan usia Xiuzhen yang sudah tua dan mempertimbangkan pilihan lain.

“Ibu saya sudah tua dan tanduk itu berada di kepalanya, iaitu kawasan amat sensitif. Saya tidak yakin dengan idea pembedahan. Jika sesuatu yang buruk berlaku (ketika pembedahan), saya pasti ia berat,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA