Tumbuhan beri respons lebih baik kepada kepanasan global

Tumbuhan beri respons lebih baik kepada kepanasan global

WASHINGTON, 22 Mac – Tumbuhan memberi respons agak lebih baik kepada kepanasan sejagat dari yang difikirkan oleh para ahli sains, menurut kajian baru yang menunjukkan bahawa sumbangan berpotensinya kepada kepanasan sejagat yang semakin teruk tidak mungkin seteruk seperti yang dipercayai oleh pihak penyelidik.

Apabila cuaca semakin panas, tumbuhan bernafas lebih kuat. Dan gas karbon dioksida rumah hijau dihasilkan oleh pernafasan. Sebab itu para penyelidik berpendapat Bumi panas dengan CO2 dari kegiatan orang ramai, tumbuhan mungkin menambah pengeluaran dan menjadikan kepanasan lebih teruk.

Tumbuhan pada dasarnya menerima karbon dioksida ketika fotosintesis di siang hari dan mengeluarkan karbon dioksida ketika bernafas di sebelah malam. Tetapi tumbuhan menerima lebih banyak karbon dioksida dalam fotosintesis dari yang ia keluarkan dalam bernafas.

Tetapi kini ‘dengan model baru ini kami meramalkan beberapa ekosistem mengeluarkan kurang banyak CO2 menerusi pernafasan daun daripada yang kita fikirkan sebelum ini,” kata pengarang bersama Kevin Griffin, pakar fisikologi tumbuhan di Cerapan Bumi Lamont-Doherty, Universiti Columbia.

Kajian itu dikeluarkan semalam oleh Proceedings of National Academy of Sciences.

Penyelidikan itu mendapati kadar pertambahan perlahan dalam cara yang boleh diramalkan ketika cuaca meningkat, di setiap rantau. Dan lengkungan yang baru ditakrifkan membawa kepada anggaran bernafas yang dikurangkan banyak terutamanya di rantau paling sejuk.

“Apa yang kami katakan adalah lengkungan curam ialah sebenarnya sedikit lebih lembut,” kata Griffin.

Perubahan terbesar dalam anggaran adalah di rantau paling sejuk yang baru-baru ini telah menyaksikan kepanasan jauh dari itu di zon-zon sederhana.

“Semua ini menambah kepada jumlah banyak karbon, dengan itu kami berpendapat berbaloi ia diberi perhatian,” kata Griffin.

Ketua pengarang Mary Heksel, dari Makmal Biologi Marin Massachusetts, berkata kajian akan jauh ke arah membantu menganggarkan ‘simpanan karbon dalam tumbuh-tumbuhan dan meramalkan penumpuan karbon dioksida atmosfera dan suhu permukaan pada masa hadapan.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA