Tumbuk Yu bebaskan diri

Tumbuk Yu bebaskan diri

SYDNEY, 31 Julai (Reuters) – Seorang peluncur menumbuk seekor ikan yu selepas diserang di pantai timur Australia hari ini. Dia mengalami kecederaan pada kaki dan tangannya akibat gigitan binatang itu, dalam kejadian yang menurut seorang saksi adalah seperti ‘ulangan Mick Fanning”.

Kejadian berlaku berhampiran sebuah tempat pelancongan popular di utara Sydney, berhampiran tempat seorang peluncur dicederakan bulan ini dan mengingati gambar-gambar dramatik beberapa minggu sebelumnya dari Afrika Selatan apabila peluncur jaguh dunia tiga kali Australia Fanning melawan seekor ikan yu.

Dalam kejadian terbaru, lelaki itu diserang 100 meter dari luar pesisir di Evans Head di negeri New South Wales apabila dia terlihat sirip dan menjerit ke arah peluncur lain supaya meninggalkan perairan itu.

“Ketika dia berdayung menuju pesisir, peluncur berusia 52 tahun itu diserang oleh ikan jerung, yang menggigit kaki kirinya. Impak serangan itu mengakibatkannya terjatuh dari papan luncurnya,” menurut polis dalam satu kenyataan. “Lelaki itu menumbuk ikan yu itu dalam percubaan untuk menakutkannya, ketika pergelutan, ikan yu itu juga menggigit tangan kirinya.

ARTIKEL YANG SAMA