Tumpahan merkuri di kuching

Tumpahan merkuri di kuching

KUCHING, 29 Sept – Setelah berlaku tumpahan merkuri di Sekolah Menengah Sains Labuan pagi tadi, turut dilapor berlaku kejadian seumpama itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Bako di sini tengah hari tadi.

Di sini ia turut melibatkan pelajar Tingkatan Satu yang terdiri daripada tiga pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata kejadian dilapor berlaku apabila bahan cecair tersebut tumpah ke atas lantai bilik makamal semasa para pelajar membuat uji kaji.

Beliau berkata pihak bomba melakukan kerja-kerja nyahcemar ke atas para pelajar berkenaan serta membersihkan kawasan yang telah ditumpahi.

Sementara dalam kejadian di Labuan, ia juga melibatkan tiga pelaja Tingkatan Satu yang cedera dan dirawat di hospital. Ia turut berlaku di makmal sekolah berkenaan. – Bernama