Tumpu kukuhkan keselamatan

Tumpu kukuhkan keselamatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Okt – Sebanyak 89 angkatan tentera dari dalam dan luar negara dari 15 negara berbeza menyertai Persidangan Keselamatan Dalam Negeri Asia Pasifik (APHS) 2015 yang diadakan di Hotel Marina Bay Sands, Singapura yang bermula kelmarin hingga 30 Oktober ini.

Menghadiri persidangan itu ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, persidangan tersebut terutamanya membincangkan mengenai mengukuhkan keselamatan daripada ancaman keselamatan tradisi dan bukan tradisi.

Selain itu, ia juga sebagai peluang untuk meningkatkan lagi keselamatan ABDB dan Brunei Darussalam secara umumnya.

Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih (empat dari kiri) semasa menghadiri persidangan itu.
Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih (empat dari kiri) semasa menghadiri persidangan itu.

ARTIKEL YANG SAMA