Tumpuan Man United Menentang Chelsea

Tumpuan Man United Menentang Chelsea

LONDON, 27 Dis – Perlawanan di antara Manchester United dan Chelsea sering menjadi tumpuan dalam menentukan nasib gelaran Liga Perdana dalam tahun kebelakangan ini, namun pertemuan di Old Trafford esok adalah berbeza sama sekali.

United telah turun ke tangga keenam selepas kalah tiga kali berturut-turut sementara juara Chelsea di kedudukan ke-15 selepas permulaan yang suram sehingga mendorong kepada pemecatan pengurusnya Jose Mourinho minggu lepas.

Louis van Gaal memberikan isyarat selepas United tewas kepada Stoke City 2-0 semalam bahawa dia akan meletak jawatan sebelum dipaksa untuk melepaskan kerusinya dan perlawanan menentang Chelsea, yang dikendalikan oleh rakan senegaranya Guus Hiddink, mungkin yang terakhir baginya.

Berita mengenai Mourinho akan berpindah ke Old Trafford menambah lagi drama perlawanan dan para pemain United tahu mereka perlu meningkatkan permainan.

“Kami bermain buat Manchester United, ia merupakan kelab yang istimewa dan satu keistimewaan untuk bermain buatnya. Kami perlu melakukan yang lebih, semudah itu sahaja,”pemain tengah Michael Carrick berkata selepas perlawanan menentang Stoke.

Gambar atas dan bawah.. Perlawanan di antara gergasi Liga Perdana Inggeris yang sering menjanjikan aksi-aksi hebat sejak tahun-tahun kebelakangan ini. – Reuters
Gambar atas dan bawah.. Perlawanan di antara gergasi Liga Perdana Inggeris yang sering menjanjikan aksi-aksi hebat sejak tahun-tahun kebelakangan ini. – Reuters

Chelsea - Guus Hiddink Press Conference

“Kami perlu bersedia untuk perlawanan lain dalam waktu terdekat dan kami perlu berdiri dan sedia untuknya.”

Hiddink menerajui Chelsea dalam keputusan seri 2-2 yang tidak meyakinkan di tempat sendiri menentang Watford dalam perlawanan pertama kendaliannya.

“Setiap perlawanan Chelsea menentang Manchester United adalah sesuatu yang besar, namun perlawanan ini adalah sesuatu yang lain,” katanya.

“Saya berharap kami boleh tunjukkan cita-cita yang sama yang kami tunjukkan dalam satu bahagian perlawanan ini.”

Chelsea juga melawan semula dari ketinggalan 2-1 menentang Watford hasil daripada dua gol penyerang Diego Costa yang tidak akan bermain apabila menentang United akibat digantung.

Van Gaal pula meletakkan kapten pasukan Wayne Rooney di bangku pemain ganti ketika perlawanan itu nanti.

Penyerang England itu telah mengalami musim yang mengecewakan dalam pasukan yang gagal untuk memainkan sebarang strategi serangan yang telah membawa 13 gelaran Liga Perdana United di bawah pengurus Alex Ferguson.

Gaya konservatif itu telah membuatkan penyokong United menentang van Gaal lebih daripada keputusan-keputusan yang mengecewakan dan jika mereka gagal untuk mengalahkan Chelsea, besar kemungkinan kelab itu akan membuat cubaan kali ketiga mencari pengganti yang layak menggantikan Ferguson. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA