Tumpukan pelaburan di negara ASEAN – Mustapa

Tumpukan pelaburan di negara ASEAN – Mustapa

VIENTIANE, 6 Sept – Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata syarikat Malaysia perlu memberi tumpuan kepada pelaburan di negara ASEAN, yang dilihat lebih dinamik dan berdaya maju.

Beliau berkata populasi ASEAN yang berjumlah lebih 625 juta, perlu dilihat sebagai potensi besar untuk pasaran produk dan perkhidmatan.

“Apa yang perlu ditekankan ialah halangan bukan dagangan seperti standard pelabelan dan penyeragaman standard produk,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata dagangan Malaysia ke negara ASEAN pada 2015 berjumlah RM219 bilion (eksport), manakala import sebanyak RM200 bilion.

Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada Mesyuarat Bersama Syarikat Perniagaan Malaysia di Laos sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-28 dan ke-29 serta Sidang Kemuncak Berkaitan hari ini. Turut hadir Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua, kanan). – Bernama

“Kita perlu melihat ASEAN sebagai satu komuniti, ASEAN sebagai kawasan yang dinamik, MITI akan terus mempromosikan ASEAN sebagai kawasan pelaburan yang berpotensi besar,” katanya.

Beliau sebelum itu turut bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perjumpaan dengan komuniti perniagaan Malaysia di Laos).

Mengenai hubungan dagangan Malaysia dan Laos, Mustapa berkata pelaburan Malaysia di Laos sejak 2001 hingga 2015 berjumlah AS$569.6 juta. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA