Tun M saman Najib

Tun M saman Najib

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) – Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama, bekas naib ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, 54, dan bekas anggota UMNO Anina Saadudin, 41, hari ini memfailkan saman terhadap Najib berhubung dakwaan salah laku membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mereka memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Najib telah melakukan perbuatan salah laku dalam jawatan awam dengan menggunakan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO.

Mereka memohon perintah Mahkamah Tinggi supaya Najib yang dinamakan sebagai defendan tunggal, membayar ganti rugi teladan berjumlah RM2.6 bilion dan ganti rugi teruk berjumlah RM42 juta kepada kerajaan.

Mengulas mengenai tindakan tersebut, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, tindakan tersebut menunjukkan betapa terdesaknya mereka setelah gagal menggulingkan Perdana Menteri melalui UMNO.

ARTIKEL YANG SAMA