Tun Mahathir letak jawatan pengerusi proton

Tun Mahathir letak jawatan pengerusi proton

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PROTON Holdings Bhd, berkuat kuasa 30 Mac 2016.

Surat peletakan jawatan itu telah diserahkan kepada Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Bhd, Datuk Seri Syed Faisal Albar, semalam.

Satu kenyataan dari pejabat Dr Mahathir dan disiarkan di blog beliau, “Che Det”, turut menyatakan bahawa beliau telah melepaskan jawatannya sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada tarikh yang sama.

Keputusan ini telah dimaklumkan kepada Rektor UTP, Datuk Abdul Rahim Hashim.

Di samping itu, menurut kenyataan tersebut, Dr Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai Penasihat kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (TIDA).

ARTIKEL YANG SAMA