Tun Razak Tokoh Negarawan Ulung

Tun Razak Tokoh Negarawan Ulung

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) – Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein hari ini dikurniakan Tokoh Negarawan Ulung pada Anugerah Bisnes Utusan 2015.

Anugerah tersebut disampaikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah kepada balu Allahyarham, Tun Rahah Mohammad Noah, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Allahyarham Tun Abdul Razak, yang merupakan ayahanda kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menerima anugerah itu atas jasa dan pengorbanan beliau sebagai arkitek yang berperanan penting dalam pembangunan negara.