Tunaikan solat secara berjemaah

Tunaikan solat secara berjemaah

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 13 Mei – Bersempena Israk Mikraj 1437H, Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel Kiudang, Tutong, malam tadi telah mengadakan ceramah selepas menunaikan solat Fardu Maghrib, di masjid berkenaan.

Ceramah bertajuk ‘Sembahyang Kunci Syurga’ itu disampaikan oleh penceramah undangan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Isham bin Ismail.

Antara intipati ceramah yang disampaikan adalah mengenai pentingnya solat yang mana setiap umat Islam wajib mengerjakan solat lima waktu dan kita digalakkan menunaikan solat di masjid secara berjemaah.

Turut hadir mendengar ceramah tersebut ialah Penghulu Mukim Kiudang, Haji Abdul Rahim bin Abdullah Yakin; Ketua Kampung Pengkalan Mau/Bekiau, Awang Mohd Taib bin Haji Jaludin bersama jemaah-jemaah dan Muslimah Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel Kiudang.

Tujuan utama ceramah ini diadakan adalah untuk memakmurkan rumah Allah dengan meramaikan kehadiran jemaah, menyemarakkan lagi sambutan Israk Mikraj 1437 Hijrah, di samping dapat mengimarahkan lagi suasana masjid dengan ceramah berbentuk keagamaan dan memberikan ilmu pengetahuan mengenai pentingnya solat.

ARTIKEL YANG SAMA