Tune Hotel tambah satu lagi hotel di United Kingdom

Tune Hotel tambah satu lagi hotel di United Kingdom

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) – Tune Hotel akan secara rasminya membuka sebuah lagi hotelnya di United Kingdom, Tune Hotel Liverpool, pada 21 Ogos ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata Tune Hotel Liverpool terletak di Castle Street.

“Janji Tune Hotels ialah menawarkan bilik pada nilai yang hebat dengan keperluan asas berkualiti tinggi, termasuk katil yang hebat, pancuran mandi berkuasa, lokasi berpusat, persekitaran bersih dan keselamatan 24 jam,” demikian menurut Tune Hotel.

Tune Hotel Liverpool berdekatan dengan Cavern Club, yang menjadi ikonik di Liverpool, di tebing Sungai Mersey, dan 12 minit pemanduan ke Goodison Park dan Stadium Anfield.

Logo Tune Hotel.
Logo Tune Hotel.

Tune Hotel Liverpool dibuka untuk tempahan pada kadar £10 sehingga 3 September 2015.

Sejak pembukaan hotel pertamanya di pusat bandar Kuala Lumpur pada 2007, Tune Hotel menerima tujuh juta tetamu, dan kini mempunyai lebih daripada 100 hotel beroperasi dan dalam pembangunan di seluruh dunia.

ARTIKEL YANG SAMA