Tunggang kuda tarik keluarga

Tunggang kuda tarik keluarga

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Karnival Kembara Islam anjuran Battle Pro Event Management melabuhkan tirainya hari ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti kekeluargaan sempena menyokong Sambutan Keluarga Hari Kebangsaan 2016 yang diraikan di seluruh negara.

Pada acara yang berlangsung di Dewan Muhibah Lapangan Terbang Lama Berakas itu, hampir 1,000 keluarga hadir memeriahkan acara yang diadakan termasuklah menunggang kuda percuma untuk 150 peserta terawal.

Mereka yang mendapat tunggangan percuma ini perlu hadir bersama keluarga mereka bagi memastikan mereka meluangkan masa berkualiti dan berhibur bersama.

Selain itu, karnival turut dimeriahkan dengan permainan bouncer percuma bersama keluarga dan banyak lagi acara lainnya.

Kanak-kanak teruja menunggang kuda pada hari terakhir Karnival Kembara Islam.
Kanak-kanak teruja menunggang kuda pada hari terakhir Karnival Kembara Islam.

ARTIKEL YANG SAMA