Tunggang motosikal 3km sambil mata tertutup

Tunggang motosikal 3km sambil mata tertutup

HAVANA, 14 April (Bernama) – Seorang rakyat Cuba Aliet Perez yang menunggang motosikal sambil mata ditutup dengan kain sejauh tiga kilometer di Havana berjaya mencatat rekod kebangsaan, lapor agensi berita China Xinhua.

Beliau berharap rekod yang diciptanya itu dapat dipecahkan dalam percubaan seterusnya yang akan dilakukan pada Ogos untuk membolehkan ia dimasukkan dalam Guinness World Records.

Menurut lelaki muda yang bekerja sebagai ahli silap mata itu cubaan seterusnya sejauh lapan ke sepuluh kilometer akan dibuat di Santiago, wilayah timur Cuba.