Tunisia buka semula sempadan Libya

Tunisia buka semula sempadan Libya

TUNIS, 11 Dis (AFP) – Tunisia telah membuka semula sempadannya dengan Libya, 15 hari selepas ia menutup sempadannya berikutan pengeboman berani mati di Tunis yang didakwa dilakukan oleh kumpulan jihad Islamic State, menurut kementerian dalam negeri hari ini.

“Sempadan bersama Libya telah dibuka pada tengah malam kelmarin,” menurut jurucakap kementerian, Walid Louguini kepada AFP.

Tempat penyeberangan Ras Jedir dan Wazen-Dhehibe telah dibuka hari ini di tengah-tengah keselamatan tambahan, menurut wartawan AFP.

Tunisia mengarahkan penyeberangan sempadan dengan jirannya yang dilanda konflik ditutup selepas serangan 24 November ke atas sebuah bas yang membawa pengawal presiden di sepanjang jalan besar di bandar yang membunuh 12 kakitangan.

Serangan itu, didakwa dilakukan oleh IS, mencetuskan pihak berkuasa Tunisia untuk meningkatkan pengawasan dan keselamatan di sempadannya dan mengenakan semula kecemasan darurat ketika mereka cuba untuk bergelut dengan ancaman semakin meningkat daripada Libya yang tidak berundang-undang.

Kementerian dalam negeri mengatakan bahan letupan digunakan dalam serangan itu adalah sama seperti yang digunakan dalam tali pinggang berani mati yang dibawa dari Libya dan dirampas tahun lepas.