Tunisia mula buat tangkapan

Tunisia mula buat tangkapan

PORT EL KANTAOUI, 30 Jun (AFP) – Tunisia melakukan tangkapan pertama berhubung serangan ke atas sebuah resort peranginan tepi pantai yang mengorbankan 38 orang.

Menteri Dalam Negeri, Najem Gharsalli, berkata pihaknya sudah mula menahan kumpulan pertama yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan berdarah itu.

“Kami sudah mula menangkap kumpulan pertama, sejumlah orang yang mempunyai rangkaian dengan jenayah pengganas ini,” katanya dalam sidang media bersama dengan rakan sejawatnya dari Jerman, Perancis dan Britain.