Tunisia selamatkan 350 penghijrah

Tunisia selamatkan 350 penghijrah

TUNIS, 11 Jun (Reuters) – Tentera Laut Tunisia menyelamatkan lebih 350 penghijrah di perairannya dan berusaha mengesan beratus-ratus lagi penghijrah semalam selepas mereka cuba untuk belayar dari Negara jiran Libya ke pulau Lampedusa di Itali, menurut Palang Merah tempatan.

Bot para penyeludup kerap menggunakan kawasan persekitaran Tunisia untuk ke kawasan pantai Itali untuk urusan penghantaran penghijrah di sana.

Pihak berkuasa Tunisia sudah menyelamatkan ramai orang yang membuat perjalanan menggunakan bot yang tidak selamat sejak beberapa bulan lepas.

“Tentera Laut sudah menyelamatkan sekurang-kurangnya 350 penghijrah di perairan berhampiran Ben Guerdane yang menggunakan bot sudah usang yang berlepas dari Libya,” wakil Palang Merah tempatan, Abd el Karim Rguiyi memberitahu Reuters. “Di antara mereka adalah warga Syria dan anggota keluarga mereka. Pihak berkuasa berusaha untuk menyelamatkan kira-kira 300 orang lagi.”

Ben Guerdane adalah bandar tepi pantai berdekatan sempadan Libya dan tidak jauh dari pulau peranginan Djerba.

Para penghijrah bersesak-sesak di atas sebuah bot selepas diselamatkan oleh tentera laut Tunisia di perairan berhampiran Ben Guerdane, di Tunisia pada 10 Jun 2015. – Reuters
Para penghijrah bersesak-sesak di atas sebuah bot selepas diselamatkan oleh tentera laut Tunisia di perairan berhampiran Ben Guerdane, di Tunisia pada 10 Jun 2015. – Reuters

Konflik di Libya di antara dua kerajaan yang saling bermusuh dan pasukan tentera mereka menyebabkan para penyeludup mengeksploitasi keadaan itu untuk cuba menghantar beribu-ribu penghijrah menyeberangi Mediterranean untuk ke tanah besar Eropah.

Para pemimpin Eropah semakin meningkat keprihatinan mereka bahawa Libya akan menjadi negara yang gagal jika pakatan yang bermusuh gagal untuk menerima perjanjian damai yang ditaja oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

ARTIKEL YANG SAMA