Tunjuk perasaan mega menentang Maduro

Tunjuk perasaan mega menentang Maduro

CARACAS, 2 Sept – Pembangkang Presiden Venezuela Nicolas Maduro mendakwa telah menggerakkan satu juta penunjuk perasaan semalam dalam perhimpunan terbesar dalam satu dekad, dan bersumpah bahawa bantahan besar-besaran sepanjang minggu itu adalah untuk menuntut referendum bagi menyingkirkan beliau daripada memegang kuasa.

Beratus-ratus polis dikerahkan bagi menjaga kemarahan penunjuk perasaan anti-kerajaan yang mana penyokong Maduro kekurangan makanan dan ubat-ubatan, berikrar untuk mempertahankan ‘revolusi sosialis’ beliau.

Perhimpunan menimbulkan kebimbangan keganasan di negeri yang kaya dengan minyak di Amerika Selatan, di mana protes antikerajaan pada tahun 2014 membawa kepada pertempuran dengan polis yang menyebabkan 43 orang mati.

Pemimpin pembangkang Democratic Unity Roundtable, Jesus Torrealba, memberitahu AFP bahawa ia adalah “perhimpunan terbesar dalam satu dekad kebelakangan ini ” dengan jumlah “antara 950,000 hingga 1.1 juta orang” telah mengambil bahagian dalam perhimpunan itu.

Penunjuk perasaan mengambil bahagian dalam perarakan ‘menguasai Caracas’ di Caracas kelmarin. – AP
Penunjuk perasaan mengambil bahagian dalam perarakan ‘menguasai Caracas’ di Caracas kelmarin. – AP

Perhimpunan itu muncul pada keadaan yang tidak menentu buat Venezuela, di mana kejatuhan harga eksport minyak telah membawa kepada kekurangan perekonimian, jenayah kekerasan dan wabak kecurian semakin meningkat. Beribu-ribu penyokong Maduro memakai baju T-shirt merah berhimpun di pusat Plaza Bolivar dan menjerit kepada pemimpin mereka: “Orang-orang yang bersama dengan kamu.”

Jumlah kehadiran penyokong Maduro dianggarkan sehingga 30,000 orang. Pihak berkuasa menahan tiga pemimpin pembangkang pada hari-hari jelang perarakan itu. Tokoh pembangkang Kanan, Henrique Capriles berkata semalam bahawa dua datuk bandar juga telah ditangkap. – AFP