Tunjukkan permainan terbaik

Tunjukkan permainan terbaik

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Ogos – Brian McLean dan Rosmin Kamis akan digandingkan di dalam perlawanan menentang Hougang United esok, dan Azwan Ali Rahman pula terpaksa direhatkan daripada perlawanan ekoran kecederaan buku lali.

Perkara tu ditegaskan oleh Ketua Jurulatih Brunei DPMM FC, Steve Kean ketika ditemui di Stadium Mini di Jerudong yang kemudiannya menyifatkan permainan esok adalah sukar kerana barisan pemain Hougang United bukanlah pasukan yang mudah diramal.

“Mereka mempunyai barisan yang kental dan di Stadium Jalan Besar esok akan menjadi penentu kedudukan kita di dalam liga meskipun pada pertemuan terakhir kita berjaya menewaskan mereka dalam piala liga namun ia tidak menjamin kemenangan kita,” ujarnya lagi.

Beliau turut menyatakan rasa lega untuk bermain di Stadium Jalan Besar kerana berdekatan dengan tempat penginapan dan latihan pasukan yang membuatkan mereka lebih selesa dengan padang dan suasananya.

Ketua Jurulatih Brunei DPMM FC, Steve Kean.
Ketua Jurulatih Brunei DPMM FC, Steve Kean.

“Sememangnya sukar untuk menetapkan pemain yang bakal diturunkan dan saya tidak mahu mengamalkan sikap pilih kasih kerana pada saya pencapaian prestasi serta konsentrasi pemain menjadi kriteria utama untuk saya memilih sebarang pemain,” ujarnya lagi.

Bagi mengisi kedudukan yang kosong, ketika itulah pemain perlu bersaing untuk mendapatkan kedudukan berkenaan namun kualiti perlu dijaga oleh semua pemain kerana jika berpeluang bermain mereka perlu menunjukkan permainan yang terbaik.

ARTIKEL YANG SAMA