Tuntung produk pelancongan baru Kedah

Tuntung produk pelancongan baru Kedah

ALOR SETAR, 8 Sept – Tuntung, kumpulan reptilia seperti penyu, labi-labi dan kura-kura, akan menjadi produk pelancongan terbaru Kedah sempena Tahun Melawat Kedah 2016.

Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan, Warisan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata terdapat enam spesies tuntung di dunia dan Kedah mempunyai dua daripadanya iaitu tuntung laut dan tuntung sungai. Empat lagi spesis tuntung, katanya, sedang dirancang untuk dibawa ke negeri itu menerusi kerjasama dengan Vietnam, India, dan Filipina yang mempunyai spesies tuntung tersendiri. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA