Tuntut AS$10ribu seunit daripada VW

Tuntut AS$10ribu seunit daripada VW

SYDNEY, 19 Nov (Reuters) – Firma guaman Maurice Blackburn berkata akan minta ganti rugi kira-kira A$10,000 (RM31,000) daripada Volkswagen AG bagi setiap satu daripada lebih 90,000 unit kenderaan syarikat itu di Australia yang dilengkap peranti pengurang keluaran asap.

Firma guaman itu berkata, ia sedia memfailkan saman berkumpulan di Mahkamah Persekutuan bagi pihak pemilik kenderaan Volkswagen, Audi dan Skoda di Australia.

Syarikat guaman itu menjangkakan jumlah tuntutan keseluruhan akan bernilai lebih A$100 juta. Volkswagen yang terpalit skandal berikutan dakwaan kereta diesel keluarannya dilengkapi peranti menipu jumlah keluaran asap terpaksa membuat panggilan balik serta berdepan beberapa saman berkumpulan.

Pemilik kereta Audi Robyn Richardson, pemohon utama dalam tuntutan tindakan mahkamah terhadap syarikat induk Volkswagen selepas menghadiri sidang akhbar di Sydney. – Reuters
Pemilik kereta Audi Robyn Richardson, pemohon utama dalam tuntutan tindakan mahkamah terhadap syarikat induk Volkswagen selepas menghadiri sidang akhbar di Sydney. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA