Tuntut pampasan pelaku pencemaran

Tuntut pampasan pelaku pencemaran

SHANGHAI, 4 Dis (Reuters) – Kerajaan China merancang untuk mula menuntut pampasan daripada syarikat-syarikat dan individu-individu yang melakukan pencemaran, terutamanya mereka yang merosakkan harta negara, sepanjang tempoh dua tahun akan datang, menurut kabinet China.

Majlis Negara berkata melalui laman sesawangnya lewat semalam ia akan mula menguji pelaksanaan dasar itu di beberapa wilayah sebelum meluaskannya ke seluruh negara menjelang 2018. Rancangan itu akan merangkumi pencemaran udara, air dan tanah, selain kerosakan ke atas tanaman dan haiwan.

ARTIKEL YANG SAMA