Tuntut ruang solat, 200 pekerja Somalia dipecat

Tuntut ruang solat, 200 pekerja Somalia dipecat

DENVER, 1 Jan (Reuters) – Kira-kira 200 pekerja kebanyakannya pendatang Somalia dipecat daripada sebuah kilang pembungkusan daging di Colorado selepas melancarkan protes kerana tidak berpuashati terhadap kemudahan solat yang mencukupi.

Majlis Hal Ehwal Islam-Amerika (CAIR) berkata, pekerja dilayan ‘secara diskriminasi’ oleh pengurus di Cargill Meat Solutions di Fort Morgan, kira-kira 120 kilometer di timur laut Denver.

Jurucakap CAIR, Jaylani Hussein dalam video YouTube yang dimuat naik kumpulan itu berkata, pekerja menolak sekatan baharu yang menyekat kebebasan mereka untuk beribadat ketika bekerja yang sebelum ini dibenarkan.

Jurucakap Cargill yang berpangkalan di Minneapolis, Mike Martin mempertikaikan kenyataan bahawa syarikat itu menukar dasar mereka. Katanya, sejak 2009 kilang Fort Morgan menyediakan satu ruang di kilang terbabit sebagai ‘kawasan refleksi’ untuk kegunaan semua agama.

pg15_160102_c

‘Cargill sebaik mungkin cuba untuk menyediakan keperluan beribadat kepada semua pekerja berdasarkan keupayaan tanpa mengganggu operasi pemprosesan daging lembu kami,’ katanya.

Beliau berkata, tahap fleksibiliti syarikat untuk melanjutkan waktu solat bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk mempertimbangkan kelancaran kerja setiap hari.

Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Somalia, Omar Jamal pula berkata, pengurus Cargill mungkin tidak memahami waktu solat orang Islam sepanjang hari adalah berbeza mengikut masa.

Menurut laman web syarikat itu, Cargill mempunyai 155,000 pekerja di 68 negara.

ARTIKEL YANG SAMA