Tuntut Sabah, wakil Filipina dipanggil

Tuntut Sabah, wakil Filipina dipanggil

PUTRAJAYA, 1 Mac (Bernama) – Wisma Putra hari ini memanggil wakil Filipina berhubung tuntutan terhadap Sabah yang dibuat oleh calon Presiden Filipina, baru-baru ini.

Kementerian Luar dalam kenyataannya di sini Selasa memaklumkan Konsul Besar Filipina ke Malaysia, Maria Antonina M. Mendoza-Oblena dipanggil berhubung kenyataan itu.

Calon presiden berkenaan dilaporkan media tempatan, berikrar untuk meneruskan tuntutan sempadan negara berkenaan ke atas Sabah, sekiranya beliau dipilih sebagai presiden semasa pemilihan, pada 9 Mei depan.

Sabah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan juga masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak 16 September 1963.