Tuntutan Itali ‘tidak ikut perlembagaan’

Tuntutan Itali ‘tidak ikut perlembagaan’

KAHERAH, 10 April (AFP) – Pembantu pendakwa negeri Mesir berkata pada hari Sabtu bahawa Itali menuntut beribu-ribu rekod telefon untuk menyiasat kes pembunuhan pelajar Giulio Regeni di Kaherah, dan menegaskan bahawa permintaan itu tidak mengikut perlembagaan.

Mostafa Suleiman memberitahu pada satu sidang akhbar bahawa penyiasat Itali telah membuat permintaan semasa mesyuarat di Rome yang tidak membawa kesimpulan pada minggu lalu yang mendorong Itali pada Jumaat lalu untuk menarik balik dutanya dari Kaherah.

Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry, sementara itu, memberitahu rakan sejawatannya dari Itali bahawa penarikkan balik duta ‘dibangkitkan sebagai tanda tanya’ berdasarkan apa yang dia katakana bahawa kerjasama Mesir dalam siasatan.

Regeni, seorang pelajar kedoktoran PhD daripada Universiti Cambridge berusia 28 tahun, berada di Mesir bagi penyelidikan kesatuan buruh apabila dia hilang pada 25 Januari. Mayatnya yang berkeadaan cacat dan teruk telah didapati lebih dari seminggu kemudian di tepi jalan.

Mustafa Suleiman bercakap kepada media di ibu negara Kaherah pada Khamis lalu. – AFP
Mustafa Suleiman bercakap kepada media di ibu negara Kaherah pada Khamis lalu. – AFP

Suleiman berkata, penyiasat Itali yang meminta rekod “semua langganannya di kawasan di mana (Regeni) tinggal, di mana dia hilang dan di mana mayatnya ditemui”, sambil menambah jumlah tersebut boleh mencapai satu juta.

“Permintaan konflik ini telah melanggar perlembagaan Mesir dan akan menjadi satu jenayah,” katanya.

Suleiman juga menambah bahawa permintaan penyiasat Itali “terhadap permintaan itu bagi sesi kehakiman selanjutnya” telah ditolak secara bulat-bulat oleh delegasi Mesir di Rom. Rome mengumumkan ia memanggil semula dutanya kernana kurangnya kemajuan dalam siasatan pembunuhan kejam Regeni itu.

Suleiman berkata, penyiasat Itali juga menuntut rakaman CCTV yang dihapuskan secara automatik pada masa itu, tetapi Mesir membuat pertanyaan dan mendapati bahawa program itu boleh saja dibeli yang mungkin didapatkan semula.

Beliau berkata mereka telah meminta Itali untuk bantuan tetapi perkara itu ‘masih dalam kajian’.