Turan bakal kembali ke Turki

ISTANBUL, 11 Jan – Peneraju dalam liga Turki, Istanbul Basaksehir sedang dalam rundingan dengan Barcelona untuk membawa pemain tengah Arda Turan (gambar) kembali ke Turki selepas musimnya yang bermasalah di Camp Nou, menurut kelab Super Lig itu semalam.

Basaksehir, yang namanya semakin meningkat cepat pada dua musim lalu untuk menyaingi tiga kumpulan Istanbul, Besiktas, Fenerbahce dan Galatasaray, bagaimanapun memberi amaran bahawa pemindahan masih dalam proses.

“Proses sedang diteruskan, saya berpendapat tidak ada masalah dengannya tetapi rundingan dengan Barcelona adalah tidak mudah,” Pengurus Basaksehir, Abdullah Avci dipetik sebagai berkata oleh media Turki.

“Situasi akan jelas hari ini atau esok.”

Pengerusi kelab itu Goksel Gumusdag berkata dalam satu kenyataan bahawa dia akan mengadakan rundingan di Barcelona dengan pihak-pihak yang termasuklah Turan dan ketua eksekutif Barcelon, Oscar Gomar.

Dia berkata dia pulang daripada rundingan dengan ‘perasaan positif’ disebabkan keghairahan pemain itu dan sokongan penajanya.

“Pada dasarnya kami telah menyetujui banyak isu tetapi masih terdapat beberapa langkah yang perlu diambil,” ujarnya lagi.

Laporan media mengatakan bahawa perjanjian pinjaman enam bulan yang boleh diubah menjadi penyusunan kekal telah dibincangkan.

Turan menyertai Barcelona pada tahun 2015 selepas empat musim berjaya bersama Atletico Madrid tetapi telah gagal mengekalkan tempat pertamadalam pasukan. Pemain ini adalah nama yang terkenal di negara kelahirannya, yang mana kehidupan peribadinya diikuti secara dekat seperti eksploitasinya dalam bidang ini.

Selepas dia berpindah ke Barca, pihak berkuasa di daerah Istanbul, Bayrampasa mengumumkan mereka telah menamakan sebatang jalan raya tempat dia membesar “Arda Turan Street’ dalam memberi penghormatan kepadannya. Turan juga tidak berahsia tentang sokongannya bagi Presiden Recep Tayyip Erdogan, dengan menghadiri perhimpunan untuk menyokong ‘ketua pemerintah saya’ selepas percubaan rampasan kuasa yang gagal pada tahun 2016.

Dia bersara dari arena bola sepak antarabangsa awal tahun ini selepas disingkirkan daripada kumpulan latihan oleh bekas jurulatih Fatih Terim ekoran pergaduhan dengan seorang pemberita di dalam pesawat udara.

Namun pengunduran Terim kemudiannya juga berlaku selepas tercetus satu pergaduhan, yang membuka laluan bagi memanggil semula Turan pada Ogos lalu. ramai menjangkakan Turan menyertai semula Galatasaray, sebuah kelab tempat dia mula menjadi terkenal sedekad lalu, tetapi perlantikan Terim sebagai pengurus telah menjadikan ini sesuatu yang mustahil. – AFP