Turki alu-alukan lawatan Trump

Turki alu-alukan lawatan Trump

ANKARA, 14 Nov – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menjemput Presiden baru Amerika Syarikat, Donald Trump untuk melawat negaranya melalui telefon, menurut laporan akhbar tempatan, Hurriyet, semalam.

Selepas pulang dari lawatan seharinya ke Belarus, Erdogan memberitahu wartawan bahawa beliau mengucapkan tahniah kepada Trump melalui telefon pada malam beliau dipilih.

“Beliau akan mengambil alih tugas sebagai Presiden pada 20 Januari 2017. Kita boleh bertemu sebelum tarikh itu jika boleh,” kata Presiden Turki.

“Kami akan berbesar hati jika Turki adalah salah satu daripada lawatan pertama Trump di luar negara,” kata beliau sambil menambah bahawa Trump membalasnya dengan positif.

Erdogan berkata Ankara dan Trump berkongsi pandangan yang sama di Iraq dan Syria, termasuk isu zon larangan terbang di Syria. – Xinhua