Turki bakal guna sistem presiden

Turki bakal guna sistem presiden

ANKARA, 4 Nov (AFP) – Turki akan membuat lonjakan ke hadapan jika ia menerima pakai sistem pengukuhan kuasa Presiden Recep Tayyip Erdogan selepas kemenangan parti pemerintah di dalam pilihan raya lalu, jurucakapnya semalam.

Ia bukanlah satu rahsia lagi bahawa Erdogan yang mendominasi politik Turki sejak beliau menjadi perdana menteri pada 2003, memohon untuk memperluaskan peranannya sebagai eksekutif presiden seperti yang dilakukan di Amerika Syarikat.

Pilihan raya Ahad lalu menyaksikan Parti Keadilan dan Pembangunan Erdogan (AKP) telah memenangi 317 kerusi di 550 anggota Parlimen, masih jauh daripada jumalah 330 yang diperlukan untuk mengubah perlembagaan dan memberi Presiden kuasa yang lebih besar.