Turki bebas wartawan AS lari dari Syria

Turki bebas wartawan AS lari dari Syria

WASHINGTON, 13 Okt – Pihak berkuasa Turki telah membebaskan seorang wartawan Amerika yang ditahan selama dua bulan selepas dia lari dari Syria dan mendakwa telah diculik oleh kumpulan jihad, menurut pegawai kanan AS hari ini.

Lindsey Snell sudah pulang ke Amerika Syarikat (AS), menurut pegawai.

Dia telah ditangkap pada 6 Ogos kerana ‘mencabul zon tentera’ selepas dia pulang dari Syria yang dilanda perang, di mana dia mengatakan sedang memfilemkan orang awam yang terjejas oleh serangan udara.

Biografi Twitter Snell mengenal pasti dirinya sebagai jurnalis video dari Istanbul yang telah menyumbangkan beritanya kepada beberapa rangkaian barat dan organisasi berita termasuk MSNBC, Vice News dan ABC.

Dalam Facebook, dia menyifatkan dirinya berasal dari Daytona Beach, Florida dan mendapat ijazah dari Universiti Florida pada 2005. Dia merupakan seorang Muslim dan memakai skarf dalam gambarnya.

Pemerhati kebebasan akhbar Committee to Protect Journalists menyambut baik pembebasan Snell.

“Pembebasan Lindsey Snell itu adalah satu berita baik, namun puluhan lagi jurnalis masih dipenjarakan di Turki,” kata kumpulan Nina Ognianova berpangkalan di New York, menambah bahawa polis Turki telah menyerbu apartmen Snell di Istanbul, merampas kamera video, komputer dan peralatan lain. – AFP