Turki bedal Belanda

Turki bedal Belanda

KONYA, 7 Sept (AFP) – Harapan Belanda ke pusingan akhir kian sukar selepas skuad separuh akhir Piala Dunia tahun lalu kecundang 0-3 kepada Turki mempamer aksi kemas pada saingan kelayakan Euro 2016, semalam.

Kehadiran 40,000 penyokong di Stadium Konya menyaksikan Turki menggabungkan kekuatan fizikal dan sukar disaingi oleh Belanda.

Turki meledak jaringan awal menerusi penyerang Besiktas Oguzhan Ozyakup diikuti jaringan pemain Barcelona Arda Turan sebelum Burak Yilmaz menyudahkan cabaran dengan jaringan ketiga.

Dua pemain Belanda bermain dalam Liga Turki Wesley Sneijder dan Robin Van Persie tidak mampu mengugat benteng lawan.