Turki beri amaran Rusia jangan cabuli ruang udara

Turki beri amaran Rusia jangan cabuli ruang udara

ANKARA, 31 Jan – Turki semalam memberi amaran selepas mengatakan jet SU-34 Rusia telah mencabuli ruang udaranya di sebalik amaran, sekali lagi mencetuskan ketegangan antara kedua-dua negara yang terlibat dalam peperangan Syria, tetapi Rusia menafikan bahawa telah berlaku sebarang pencerobohan.

Dalam kejadian serupa pada November, Turki telah menembak jatuh kapal terbang Rusia yang melakukan penerbangan singkat di ruang udara Syria yang menurutnya telah mencabuli ruang angkasanya, yang menjejaskan hubungan diplomatik yang mana Rusia telah mengenakan sekatan ekonomi.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia Mejar Jeneral Igor Konashenkov menafikan terdapatnya pesawat udara Rusia telah memasuki ruang udara Turki dan menyifatkan dakwaan Turki itu ‘propaganda semata-mata.’ Menurutnya pangkalan radar Turki tidak dapat mengenal pasti pesawat udara tertentu atau jenisnya atau kewarganegaraan dan tidak ada amaran lisan telah dikeluarkan sama ada dalam bahas Inggeris dan Rusia.

Kementerian Luar Turki dalam kenyataannya berkata bahawa duta Rusia telah dipanggil lewat Jumaat lalu dan pencabulan adalah tanda jelas bahawa Rusia mahukan isu antara kedua-dua negara bertambah.

“Kami membuat gesaan jelas kepada Persekutuan Rusia supaya tidak mencabuli ruang udara Turki, yang juga ruang udara NATO,’ menurut kenyataan itu.

“Kami menekankan sekali lagi bahawa kesan yang tidak dikehendaki dari perlakuan tidak bertanggung jawab seumpama itu akan sepenuhnya pada Persekutuan Rusia.”

Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg dalam kenyataannya berkata pencabulan telah berlaku dan menggesa Rusia ‘mengambil semua langkah perlu’ untuk memastikan ruang udara NATO tidak dicabuli lagi. “Kejadian sebelumnya telah menunjukkan bagaimana bahayanya perlakuan itu.”

Presiden Turki Tayyip Erdogan berkata beliau mahu menemui rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin selepas insiden itu.

“Saya telah memaklumkan Kementerian Luar supaya menyampaikan hasrat saya untuk menemui Putin secara peribadi. Tidak ada jawapan diterima lagi,” Erdogan memberitahu para pemberita di lapangan terbang sebelum berlepas untuk mengadakan lawatan ke Amerika Latin.” – Reuters