Turki bersatu perangi pembelot negara

Turki bersatu perangi pembelot negara

ISTANBUL, 8 Ogos – Ketua-ketua pembangkang dan orang ramai yang terdiri dari warga biasa Turki semalam berhimpun dalam memberikan sokongan kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan, dalam menunjukkan perpaduan dalam menentang para perancang rampasan kuasa yang gagal bulan lalu.

Tunjuk perasaan pro demokrasi telah mengubah Dataran Yenikapi bandar itu menjadi lautan bendera Turki merah dan putih dengan ramai yang menyertainya mengenakan lilitan kepala yang memampangkan nama Erdogan.

Satu kain perintang mengisytiharkan ‘kemenangan adalah demokrasi, dataran adalah rakyat.”

Pada perhimpunan di perhimpunan besar “Demokrasi dan orang yang mati Syahid” Erdogan disertai ketua parti pembangkang utama, Parti Rakyat Republikan (CHP), Kemal Kilicdaroglu, dan ketua Parti Pergerakan Nasionalis (MHP) Devlet Bahceli.

Beratus-ratus ribu orang berkumpul di Istanbul sambil melaungkan slogan mereka semasa perhimpunan menentang rampasan kuasa tentera gagal pada 15 Julai hari ini yang dianjurkan oleh parti pemerintah Turki. – AFP
Beratus-ratus ribu orang berkumpul di Istanbul sambil melaungkan slogan mereka semasa perhimpunan menentang rampasan kuasa tentera gagal pada 15 Julai hari ini yang dianjurkan oleh parti pemerintah Turki. – AFP

Media pro kerajaan berkata kira-kira tiga juta orang menghadiri perhimpunan itu yang diadakan di bawah kawalan ketat keselamatan dengan 15,000 orang anggota polis bertugas.

Seorang pegawai kanan kerajaan, yang tidak mahu mendedahkan namanya, berkata kira-kira lima juta orang berada di dataran itu dan kawasan sekelilinginya.

Dalam ucapan akhir, presiden berkata pergerakan yang dijalankan oleh pendakwa yang tinggal di AS Fethullah Gulen dan yang dipersalahkan oleh Ankara di atas cubaan rampasan kuasa 15 Julai akan ‘menerima akibat dari apa yang telah mereka lakukan.” – AFP