Turki cukup sedia

Turki cukup sedia

LJUBLJANA (Slovenia), 6 Jun – Tandukan awal pemain Turki, Burak Yilmaz menghadiahkan kemenangan kepada Turki 1-0 ke atas Slovenia dalam aksi pemanas badan menjelang Kejohanan Eropah (Euro 2016), awal pagi tadi.

Turki bermula agresif sehingga membuahkan hasil pada minit kelima apabila Yilmaz bijak membaca bola sepakan percuma Hakan Calhanoglu untuk menanduk padu ke tengah gawang lawan.

Bagaimanapun, Slovenia yang tidak layak ke Euro 2016, harus menyalahkan diri sendiri apabila gagal menyudahkan deretan peluang, termasuk percubaan berbahaya babak kedua menerusi Milivoje Novakovic.

Turki membuka kempen Euro 2016 menentang Croatia di Paris pada 12 Jun ini. Bersama Turki dalam Kumpulan D ialah Sepanyol dan Republik Czech. – AP

Pemain dari kedua-dua pasukan mengejar bola liar. - AFP
Pemain dari kedua-dua pasukan mengejar bola liar. – AFP