Turki gesa ahli akademik pulang

Turki gesa ahli akademik pulang

ISTANBUL, 20 Julai – Majlis pendidikan tinggi Turki telah mengeluarkan tegahan kepada ahli akademik dari bekerja di luar negara dan menggesa mereka yang sudah berada di luar negara untuk pulang segera, lapor agensi berita Anadolu milik kerajaan hari ini.

Turki telah meluaskan penyingkiran selepas rampasan kuasa dari tentera dan polis hingga ke sektor pendidikan untuk membanteras para penyokong pendakwah berpangkalan di AS, Fethullah Gulen, yang ia dituduh menjadi dalang percubaan pemberontakan kilat.

Majlis meminta rektor universiti untuk ‘segera memeriksa situasi bagi kesemua akademik dan kakitangan pentadbiran yang berkaitan dengan FETO’ atau Organisasi Pengganas Fethullah, ketika ia melabelnya penyokong Gulen – dan melaporkan pulang pada 5 Ogos.

Ia juga memberitahu universiti-universiti bahawa ahli akademik yang sudah berada di luar negara sedang dalam misi bekerja atau belajar untuk pulang ke tempat asal ‘dalam waktu yang terdekat ini’.

Pada Selasa, kerajaan telah menangguhkan 15,200 pekerja pendidikan kerajaan dan menuntut peletakan jawatan hampir 1,600 dekan dari universiti kerajaan dan swasta yang berhubung kait dengan Gulen. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA