Turki hantar dosir Gulen ke AS

Turki hantar dosir Gulen ke AS

ANKARA, 19 Julai – Perdana menteri Turki berkata hari ini kerajaannya telah menghantar empat fail ke Amerika Syarikat, ketika Ankara berusaha mendapatkan ekstradisi ke atas pendakwah yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Fethullah Gulen berhubung tuduhan kaitannya dengan percubaan rampasan kuasa pada Jumaat lalu.

“Kami telah menghantar empat dosir ke AS bagi ekstradisi ketua pengganas itu. Kami akan menyerahkannya bersama lebih banyak bukti yang mereka mahukan,” Binali Yildirim memberitahu parlimen.

Gulen hidup dalam buangan di AS sejak 1999 dan telah menafikan sebarang penglibatan dalam pemberontakan kilat itu.

Fethullah Gulen yang didakwa oleh kerajaan Turki terlibat dalam percubaan rampasan kuasa, berada di kediamannya di Saylorsburg, Pennsylvania pada 18 Julai. – AFP
Fethullah Gulen yang didakwa oleh kerajaan Turki terlibat dalam percubaan rampasan kuasa, berada di kediamannya di Saylorsburg, Pennsylvania pada 18 Julai. – AFP

Perdana menteri Turki menggesa AS untuk ‘tidak melindungi pembelot itu’ semasa ucapannya kepada Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP).

“Kami tidak ragu-ragu lagi tentang punca rampasan kuasa ini. Ia sangat jelas.

“Kami tahu siapa yang mengadakannya dan menjalankannya,” ujarnya, merujuk kepada ‘persatuan pengganas serupa’ yang Turki katakan dilakukan oleh Gulen. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA