Turki hantar lebih banyak kereta kebal ke Syria

Turki hantar lebih banyak kereta kebal ke Syria

ANKARA, 4 Sept – Turki kelmarin menghantar lebih banyak kereta kebal ke utara perkampungan Syria, al-Rai bagi memerangi pelampau IS, selepas campur tangan menentang kumpulan itu bulan lalu, menurut laporan media.

Kereta-kereta kebal telah melintasi kawasan perkampungan dari wilayah Turki, Kilis untuk memberikan sokongan ketenteraan kepada pejuang pembangkang Syria sebagai sebahagian daripada Turki “Euphrates Shield”, lapor agensi berita negeri Anadolu.

Sekurang-kurangnya 20 kereta kebal, lima buah kenderaan perisai, lori dan kenderaan bersenjata yang lain telah melintasi sempadan selepas waktu tengah hari, kata agensi berita Dogan.

Euphrates Shield adalah operasi yang diimpikan oleh Ankara semasa lima setengah tahun konflik Syria, yang disokong oleh kereta-kereta kebal dan kapal terbang perang serta pasukan khas untuk memberikan sokongan kepada pemberontak.

Tentera Turki kelihatan dalam kereta kebal pulang ke tanah air, melintasi sempadan bandar Syria-Turki, Jarabulus pada Jumaat lalu. – AFP
Tentera Turki kelihatan dalam kereta kebal pulang ke tanah air, melintasi sempadan bandar Syria-Turki, Jarabulus pada Jumaat lalu. – AFP

Matlamatnya adalah untuk menghapuskan IS dari sempadan dan menghentikan kemaraan Militia Perlindungan Rakyat Kudish (YPG).

Utusan anti-IS Presiden Amerika Syarikat, Brett McGurk berkata menerusi Twitter bahawa tentera AS telah mengenal pasti sasaran kumpulan berani mati pada Jumaat lalu dengan menggunakan sistem roket ‘yang baru dikerahkan’ berhampiran sempada Turki dan Syria.

Kedutaan AS di Ankara berkata di laman web media sosial bahawa ia adalah “langkah terkini dalam kerjasama AS-Turki untuk memerangi ISIL (IS)”. – AFP