Turki hentam pangkalan Kurdish

Turki hentam pangkalan Kurdish

ANKARA, 14 Mac (AFP/Bernama) – Turki hari ini menangkap empat suspek berhubung pengebom nekad yang menyerang menggunakan letupan kereta yang membunuh kira-kira 36 orang di Ankara, ketika pesawat perang menyerang pangkalan pemberontak Kurdish di utara Iraq, serangan ketiga dalam masa lima bulan.

Tidak ada yang bertanggungjawab atas pembunuhan besar-besaran terbaru yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas di nadi bandar tersebut malam Ahad, mencederakan lebih 120 orang.

Namun Ankara percaya salah seorang pengebom itu adalah seorang wanita yang mempunyai kaitan dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK), kata pegawai Turki kepada AFP hari ini.

Polis Turki menahan empat orang berhampiran sempadan Syria hari ini, lapor agensi berita rasmi Anatolia, yang bertindak atas maklumat bahawa kereta yang digunakan dalam pengeboman itu dibawa dari Sanliurfa, bandar yang didominasi Kurdish kira-kira 50km dari sempadan.

Agensi berita Dogan bagi bahagiannya mengatakan enam orang telah ditangkap.

Ahli keluarga ketika menyentuh keranda saudara mereka yang menjadi mangsa pengeboman kereta kelmarin, di masjid Ankara, Turki pada 14 Mac. - Reuters
Ahli keluarga ketika menyentuh keranda saudara mereka yang menjadi mangsa pengeboman kereta kelmarin, di masjid Ankara, Turki pada 14 Mac. – Reuters

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, berikrar ‘untuk memerangi pengganasan dan meranapkannya’.

Menurut beliau, Agensi berita AFP melaporkan, letupan berlaku pada jam 6:45 petang waktu tempatan apabila kereta yang dipandu pengebom nekad melanggar perhentian bas dekat medan Kizilay, yang merupakan kawasan komersil dan pusat pengangkutan awam yang sibuk – menyebabkan bas-bas di situ hangus dan kedai-kedai berdekatan rosak teruk.

Agensi berita Reuters pula melaporkan, rakaman dari kamera litar tertutup CCTV yang dimuat naik di YouTube menunjukkan sebuah kereta sedang memotong dua bas sebelum bergerak perlahan dan meletup.

Para pegawai berkata, letupan disebabkan oleh sebuah kenderaan yang dimuatkan dengan bahan letupan.

Pemerintah Turki menyatakan terdapat seorang atau dua orang dalam kereta yang sengaja disasarkan ke arah perhentian bas tersebut.

Dalam serangan selama berjam-jam hari ini, pengebom pejuang Turki telah menyerang depot senjata PKK dan tempat perlindungan mereka di pergunungan utara Iraq, kata tentera, dipetik oleh Anatolia.

Menteri Kesihatan Mehmet Muezzinoglu hari ini turut memberi jumlah baru iaitu seramai 37 orang yang terkorban dari sasaran letupan pada Ahad di perhentian bas, namun mengatakan ia termasuk seorang atau kemungkinan dua penyerang. Pengebumian pertama bagi mangsa-mangsa diadakan hari ini.