Turki, Israel bincang saluran paip gas

Turki, Israel bincang saluran paip gas

ISTANBUL, 13 Okt – Israel dan Turki hari ini bersetuju untuk membuka perbincangan ke atas pembinaan saluran paip gas untuk mengepam gas Israel ke Eropah, ketika menteri tenaga membuat lawatan menteri pertama sejak krisis dalam hubungan.

Menteri Tenaga Israel, Yuval Steinitz bertemu rakan sejawatannya Turki, Berat Albayrak di Istanbul, mesyuarat pegawai tahap tertinggi sejak dua negara memulihkan hubungan pada Jun selepas krisis 2010 tercetus oleh pengeboman maut Israel ke atas kapal bantuan yang menuju ke Gaza.

Sehingga krisis 2010, Turki yang juga anggota NATO, telah menjadi sekutu penting Israel dalam dunia Islam, dan proses untuk memulihkan hubungan itu sangat disokong kuat oleh Amerika Syarikat.

Menyatakan lawatannya itu sebagai permulaan manfaat memulihkan ekonomi, Steinitz berkata mereka bersetuju untuk menilai semula kebolehlaksanaan pembinaan saluran paip gas bawah laut untuk mengepam gas Israel kepada pengguna di Turki dan Eropah.

Yuval Steinitz bercakap semasa sidang media semasa Kongres Tenaga Sedunia ke-23 pada 13 Oktober di Istanbul. – AFP
Yuval Steinitz bercakap semasa sidang media semasa Kongres Tenaga Sedunia ke-23 pada 13 Oktober di Istanbul. – AFP

“Apa yang kami cadangkan adalah untuk menubuhkan dialog segera antara kedua-dua kerajaan kami…untuk menilai kemungkinan dan kebolehlaksanaan projek seumpamanya,” katanya.

Dia berkata sementara Israel juga membina rangkaian kerjasama tenaga serantau bersama Jordan, Mesir, Cyprus dan Greece, ‘pilihan Turki itu juga sangat penting’.

Tambahnya lagi, Israel ‘juga akan berasa senang hati untuk melihat syarikat Turki terlibat dalam sektor tenaga Israel’ termasuk dalam penggalian padang minyak. – AFP