Turki keluarkan waran bagi 47 bekas kakitangan Zaman

Turki keluarkan waran bagi 47 bekas kakitangan Zaman

ANKARA, 27 Julai – Turki mengeluarkan waran tangkapan hari ini ke atas 47 bekas kakitangan akhbar Zaman, menurut pegawai, dalam satu tindakan keras yang semakin meningkat terhadap rakyatnya yang disyaki mempunyai kaitan dengan dalang rampasan kuasa, Fethullah Gulen.

Pegawai itu yang enggan untuk dinamakan, berkata tangkapan itu meliputi ‘eksekutif dan beberapa kakitangan termasuki kolumnis,” menggambarkan Zaman sebagai ‘organisasi media terkenal’ dalam pergerakan yang diketuai oleh Gulen, seorang pendakwah yang berpangkalan di AS.

Pada Mac, Zaman dan akhbar berbahasa Inggerisnya, Today’s Zaman telah diambil alih oleh pentadbir yang dilantik kerajaan dan ia sejak itu telah memihak prokerajaan.

Pegawai menegaskan waran-waran itu tidak berkaitan dengan apa yang kolumnis individu telah katakan atau tulis sebelumnya.

Namun ‘kakitangan terkenal Zaman, kelihatannya mempunyai pengetahuan rapat dengan rangkaian Gulen dan maklumat sebegitu dapat memberi kemudahan kepada siasatan,” jelas pegawai. – AFP